Analisis


Definisi dan Konsep Penulisan
Menulis ditakrifkan sebagai proses penghasilan simbol-simbol grafik yang disusun berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan dan seterusnya disusun menjadi ayat. Ayat yang disusun ada kalanya panjang dan ada kalanya pendek berdasarkan beberapa urutan yang bermakna yang membentuk teks, nota, draf dan bahan bercetak. Takrif lain menyebutkan menulis sebagai suatu kegiatan penghasilan simbol-simbol grafik yang disusun atur menjadi perkataan-perkataan, yang seterusnya membentuk ayat-ayat yang bermakna. Dalam konteks yang lebih luas, penulisan bermaksud penghasilan wacana yang bermakna dan bermaklumat.

Oleh itu, kemahiran menulis secara mekanis, iaitu kemahiran membentuk dan menyusun simbol-simbol tulisan tidak selesai pada peringkat itu sahaja. Sebaliknya kemahiran ini akan diteruskan dengan aktiviti mengarang yang memerlukan penggemblengan aspek psikologi dan kognitif. Kamarudin Husin (1999) mentakrifkan penulisan sebagai pelahiran perasaan, fikiran dan idea dalam bentuk grafik. Bentuk-bentuk grafik itu disusun hingga melambangkan bunyi bahasa yang dapat dibaca dan difahami maksudnya. Rumusannya, kemahiran menulis merupakan satu kemahiran yang paling tinggi dan penting berbanding kemahiran bahasa lain, untuk dikuasai oleh murid-murid bukan sahaja dalam pembelajaran bahasa tetapi juga untuk beberapa mata pelajaran lain. 


Kekuatan Kepengarangan
AMBIGUITI salah satu unsur sastera. Ciri-ciri ambiguiti dan ketaksaan penting sebagai satu gejala, tanda dan unsur di dalam karya kreatif. Ia berkait rapat dengan proses kreatif, pemikiran dan ideologi pengarang. Ambiguiti membawa maksud ‘perihal yang kabur atau ‘taksa’ (Kamus Dwibahasa, 2001: 38). Kekaburan atau ketaksaan itu bertujuan untuk menyembunyikan maknanya yang sebenar. Justeru sifat ambiguous menjadi penting dalam karya kreatif sebagai sebuah teks mengandungi makna yang tersirat, yang tidak dikhabarkan dengan jelas oleh pengarangnya.

Ambiguiti diletakkan dalam kategori ‘intuition’ dan bertaraf (degree of evidence) yang sinonim ertinya dengan uncertainty, incertitude, doubtfulness, dubiety, dubiousness, indetermination, slipperiness, fallibility, perplexity, dan hestitation. Memahami maksud intuisi, maka ketaksaan terjadi atau berlaku sebagai satu cara bagaimana seseorang penulis atau pengarang mengambil sikap, dalam rangka mencipta karya dan pemikiran kreatifnya, melalui beberapa kualiti gaya yang bersamaan pula dengan maksud kekaburan (obscurity), di samping kata imperspicuity. Kata sifat: obscure, confused, ambiguous, vague, unintelligible, dan involved ini, kesemuanya diletakkan dalam kelompok ‘Komunikasi Idea’ dalam Roget’s Thesaurus, (1992; 571).


Motif Kepengarangan
Karya-karya kesusasteraan dihasilkan oleh pengarangnya bertujuan untuk dinikmati dan dihayati oleh khalayak. Khalayak adalah masyarakat yang menggunakan hasil-hasil kesusasteraan tersebut yang berhubungan langsung dengan pengarang. Bagi seseorang pengarang, amat perlu baginya untuk mengetahui jenis karya yang diperlukan oleh khalayak kerana pengetahuan pengarang akan menentukan apa yang dihasilkannya itu diterima atau tidak oleh khalayak. Dengan kata lain, pengetahuan pengarang itu merangkumi tujuan-tujuan khalayak menikmati dan menghayati karyanya dan sejauhmanakah karya itu memberikan fungsi yang tertentu kepada khalayak.
Sarjana kesusasteraan menyimpulkan bahawa sekurang-kurangnyakesusasteraan mempunyai dua fungsi yang jelas:
1. Pendidikan/Pengajaran/Didaktik
2. Kepuasan estetik.


Kesusasteraan Berfungsi Sebagai Alat Pendidikan
Memang tidak dapat dinafikan bahawa karya-karya kesusasteraan sebenarnya sarat dengan unsur pendidikan/pengajaran/didaktik. Pengarang-pengarang yang menghasilkan sesuatu karya sastera merupakan sekumpulan manusia yang telah menimba banyak pengalaman. Pengalaman-pengalaman para pengarang ini diterjemahkan melalui kisah-kisah yang ditulis oleh mereka yang terangkum didalamnya pelbagai bidang ilmu seperti ekonomi, politik, sosiologi dan agama. Pengalaman mereka ini dijadikan prosa atau puisi dan diadun dengan unsur-unsur pengajaran,moral atau ilmu pengetahuan yang tinggi nilainya. Apabila khalayak menikmati karya-karya mereka secara tidak langsung unsur pengajaran atau ilmu pengetahuan itu diserap oeh pembaca dan boleh membentuk personaliti pembaca ke arah kebaikan.

Kesusasteraan Berfungsi Memberi Kepuasan Estetik.
Apakah itu kepuasan estetik? Sebelum pergi lebih jauh, ada baiknya dicari dahulu maksud dan asal kata estetik. Dalam bahas Melayu estetik juga disebut estetika. Ia diambil dari kata Inggeris "aesthetic". Orang Inggeris juga sebenarnya meminjam perkataan tersebut daripada budaya Greekaisthanesthai yang boleh diertikan sebagai to preceive. Bernard Bosanquet menyatakan bahawa estetik adalah falsafah keindahan yang sudah bermula sejakzaman Greek, yang dimulai oleh Socrates. Di dalam ensiklopedia internet Wikipedia mengatakan estetik merupakan kajian deria atau nilai deria - emosi, ataupun timbangan sentimen dan cita rasa. Estetik merupakan subdisiplin aksiologi, sesuatu cabang falsafah dan sering dikaitkan dengan falsafah seni.

     Hashim Awang mendefinisikan estetik dalam Glosari Mini Kesusasteraansebagai "Kajian atau sains tentang keindahan dalam sastera atau seni lainnya.Dengan maksud ringkas di atas, dapat dibuat kesimpulan bahawa kepuasan estetik adalah satu bentuk perasaan indah yang muncul sama ada dalam diri penulis ataupun pembaca. Penulis cerita akan merasa tenteram dan damai apabila mampu menghasilkan sesuatu cerita yang dapat menyentuh perasaannya dan juga pembaca dari segi isi ceritanya mahupun aspek-aspek lain penulisannya. Bagi pembaca pula, dengan membaca karya yang mempamerkan keindahan akan merasa satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan dalam dirinya.


3 comments:

  1. perkongsian yg amat menarik dan bermanfaat....

    ReplyDelete
  2. trima kasih krn mlawat blog kami...^_^

    ReplyDelete
  3. Oh, jadi kesusasteraan bukan sekadar subjek semata-mata tetapi ianya juga mempunyai pelbagai fungsi. Sekarang baru saya tahu.

    ReplyDelete