Falsafah dalam
Karya Agung
Dalam penghasilan
sesebuah karya tidak lengkap sekiranya pengarang tersebut tidak memuatkan
falsafah-falsafah yang bersesuaian dengan penceritaan sesebuah karya. Bagi
hikayat Abdullah terdapat lima falsafah yang dikemukakan iaitu ketuhanan,
keadilan, kebenaran dan keindahan.
·
Falsafah Ketuhanan
Falsafah ketuhanan yang
dikemukan adalah mengenai kebencian karut dan tahyul masyarakat Melayu
yang membelakangkan kuasa Allah S.W.T .
Abdullah berfikiran rasional dan realistik dan tidak mempercayai bomoh, dukun
dan pawang.
·
Falsafah Keadilan
Falsafah keadilan yang
dikemukan adalah berkaitan dengan kes Syed Yasin, kes kezaliman Sultan, keadilan Farquha yang
sedia membantu golongan bawahan yang
kesusahan.
·
Falsafah Kebenaran
Munsyi Abdullah
menyatakan perkara kebenaran dalam hikayatnya. Perkara yang diceritakan merupakan sesuatu yang betul-betul berlaku
dan diamalkan sehingga ke hari ini seperti kepercayaan tahyul oleh masyarakat
Melayu.
·
Falsafah Keindahan
Keindahan yang
dimaksudkan dari segi bahasa, adat dan pemikiran yang diutarakan dalam hikayat.
Hikayat Abdullah membawa perubahan tema, plot, dan jalan cerita seperti karya-karya yang ditulis dalam zamannya.
Membuat
Analisis Kritis dan Mereviu Sebuah Karya Agung
Sulalatus Salatin yang juga dikenali sebagai Sejarah
Melayu merupakan kitab hasil kepengarangan Tun Sri Lanang. Karya ini menceritakan zaman kesultanan Melayu melaka
yang dikatakan dibawa dari Goa. Goa yang selama ini dianggap di India,
sebenarnya merupakan suatu tempat yang terletak di Sulawesi Indonesia. Karya
ini telah dikarang oleh Tun Sri Lanang ketika beliau menjadi Bendahara Paduka
Johor antara tahun 1580 hingga 1615. Tun Sri Lanang telah dilahirkan di Bukit
Seluyut, Johor pada tahun 1565.
Sulalatus Salatin mengandungi
15 bab. Permulaan bab dibincangkan dengan jurai keturunan raja Melaka sehingga
pembentukan Melaka ataupun sesudah pembukaan Melaka. Pembahagian perbincangan
Sulalatus Salatin terbahagi kepada 2 bahagian ,iaitu sebelum pembukaan kota
Melaka (mengandungi 4 bab) dan selepas pembukaan kota Melaka (mengandungi 11
bab).
Karya Sejarah Melayu ini
mempunyai banyak versi. Namun, tidak diberitahu secara jelas versi kitab yang
dirujuk mereka untuk pembentangan pada hari tersebut. Tiada dijelaskan juga
mengenai perbezaan – perbezaan antara versi Kitab Sejarah Melayu yang lain.
Berdasarkan pembentangan yang lalu, dapat saya rumuskan bahawa karya agung ini
mengutarakan pelbagai falsafah dan etika di dalamnya. Terdapat tujuh falsafah, iaitu ketaatan kepada
pemerintah, keadilan, waad, nilai dan etika, adat, keberanian, dan kekuasaan.
Dalam karya ini, falsafah
ketaatan dirujuk kepada beberapa orang tokoh yang disebut dalam
karya ini, antaranya ialah Demang Lebar Daun, Hang Tuah, Bendahara Paduka Raja,
Hang Nadim dan Bendahara Seri Maharaja. Demang Lebar Daun seorang yang taat
apabila membenarkan puterinya berkahwin dengan Seri Tribuana. Hang Tuah pula
terlalu taat kepada sultan sehinggakan rela menerima hukuman bunuh dari sultan
setelah difitnah berkelakuan sumbang dengan dayang. Hang Tuah rela dihukum
biarpun beliau tidak bersalah.
Baginda Paduka Raja
dikatakan taat kepada sultan apabila akur dan tidak memprotes apabila anaknya,
Tun Besar dibunuh oleh anak sultan apabila bola sepak raganya terkena destar
anakanda sultan lalu terjatuh ke tanah. Berpegang kepada prinsip “adat Melayu
tidak perbah derhaka” maka Baginda Paduka Raja menerima perkara tersebut
meskipun anaknya mati dibunuh.
Kesimpulan yang dapat dibuat
dari falsafah ketaatan ini, konsep ketaatan yang diamalkan terlalu keterlaluan
dan terlalu mengagung – agungkan sultan biarpun tindakan sultan tersebut adalah
salah dan melampau. Namun, kami berasa agak keliru kerana Baginda Seri Maharaja
dikatakan seorang yang taat kepada sultan. Hal ini kerana, keengganan beliau
mempersembahkan puterinya kepada Sultan Mahmud telah menunjukkan ciri
penderhakaan kepada sultan. Bendahara Seri Maharaja berpeluang untuk membantah
hukuman bunuh yang dijatuhkan ke atas beliau sekeluarga. Beliau ketika itu
dalam posisi sangat kukuh dari segi politik dan ekonomi sebaliknya beliau
melarang para pengikutnya daripada memberontak. Mungkin peristiwa ini
menabalkan beliau sebagai seorang yang taat kepada sultan.
Falsafah kedua yang
dibentangkan adalah Waad. Waad merupakan kontrak sosial di antara Demang Lebar
Daun dan Sang Sapurba. Jika waad ini dilanggar, maka pelbagai bencana akan
menimpa seperti menghidapi penyakit kerdal. Oleh itu, wujudnya perkara tulah
dan daulat. Saya melihat waad ini sebagai suatu kontrak atau perjanjian di
antara golongan pemerintah dan rakyat. Terkandung pelbagai perjanjian yang
bertimbal balik. Contohnya, rakyat tidak boleh menderhaka kepada raja dan raja
juga tidak boleh menzalimi rakyat. Rakyat tidak boleh menderhaka dan perlu taat
kepada raja. Perjanjian ini dapat membuatkan rakyat tunduk patuh kepada raja da
sekiranya tidak patuh, mereka akan ditimpa bencana.
Falsafah ketiga yang
diutarakan ialah falsafah keadilan. Contohnya, Sultan Muzaffar Syah wujudkan
undang – undang untuk mengelakkan menteri melakukan kesilapan. Ganjaran kepada
kesilapan adalah hukuman. Dalam kitab ini, tidak banyak yang ditonjolkan
mengenai sikap raja yang adil. Ketidakadilan raja juga dengan beraninya
ditonjolkan oleh Tun Sri Lanang. Beliau patut dipuji kerana tidak hanya
menceritakan kebaikan sahaja, malah turut menceritakan kezaliman raja terhadap
rakyat dan pembesar – pembesarnya. Terdapat banyak peristiwa yang mempamerkan
ketidakadilan raja.
Falsafah keempat yang ditonjolkan
telah dalam pembentangan adalah falsafah adat. Adat merupakan peraturan yang
diamalkan sejak turun – temurun. Adat perlu dipatuhi. Dalam Kitab ini terdapat
banyak adat Melayu yang diamalkan oleh golongan diraja dan golongan rakyat. Ada
antaranya masih digunapakai dan ada juga di antaranya diubahsuai supaya sesuai
dengan peredaran masa.
Falsafah kelima yang
ditunjukkan adalah falsafah kekuasaan. Kitab ini terlalu banyak menceritakan kekuasaan raja. Raja sangat berpengaruh dari segala
sudut. Raja berkuasa menitahkan apa sahaja kepada rakyat da rakyat perlu
menunaikannya jika tidak mahu dihukum. Saya melihat, kuasa raja sebagai kuasa
mutlak terlalu banyak menindas golongan rakyat. Kandungan kitab ini mempamerkan
sikap raja yang kejam dan sanggup berbuat apa sahaja demi mendapatkan sesuatu. Raja pada zaman dahulu terlalu berkuasa sehingga
bertindak zalim di luar batas kemanusiaan. Justeru, tidak hairanlah mengapa
rakyat begitu patuh kepada raja biarpun diperlakukan dengan buruk rupa.
Falsafah keenam yang
ditonjolkan dalam pembentangan ialah keberanian. Keberanian raja merujuk kepada
keberaniannya menjajah da mentakluk negeri lain untuk meluaskan pengaruh
jajahannya. Dalam kitab ini, turut diceritakan mengenai sikap keberanian yang
ditonjolkan oleh golongan rakyat biasa seperti badang. Kitab ini banyak
menonjolkan ketokohan keberanian Hang Tuah. Hang Tuah digambarkan sebagai
seseorang yang sangat hebat. Perkara ini seperti sengaja ditonjolkan untuk
menunjukkan kehebatan orang Melayu pada waktu tersebut.
Falsafah ketujuh yang
ditonjolkan ketika pembentangan adalah nilai dan etika. Etika dan nilai yang digarap
dalam kitab ini diwarisi rakyat. Selain
itu, kitab ini juga menggariskan tugas – tugas raja dan pembesar dan peranan –
peranan rakyat. Raja juga sebagai bayangan tuhan atau payung kepada rakyat.
Justeru, taat dan setia perlu ditumpahkan kepada raja sepenuhnya.
Kesimpulannya, secara keseluruhan dapat dilihat betapa
karya agung ini bersifat sejagat dan menyeluruh. Namun, terdapat unsur – unsur
mitos yang seakan – akan tidak masuk akal di dalam kitab ini. Kekuasaan yang
ditonjolkan oleh raja secara melampau dan juga kezaliman raja menunjukkan
betapa tidak adilnya raja pada suatu ketika dahulu. Dalam kitab ini juga
ditonjolkan secara melampau ketaatan kepada raja. Justeru, pepatah “ adat
Melayu tidak menderhaka’ begitu terserap dalam masyarakat Melayu pada suatu
ketika dahulu.
erm...msyrkt dlu2 mmg btul2 taat kpd pmerintah shingga snggup memejamkn mata apbla mlihat anak sndiri dibunuh oleh pemerintah d sbbkn tlh mlakukan ksalahan yg kcil...krn mreka bgitu teguh dgn kprcayaan pntang melayu drhaka pd raja...relevankah lg sikap sbegitu pd zmn skrg..?
ReplyDeletepd pndpt kami, msyrkt dahulu mmg brpegang teguh dgn pepatah, 'biar mati anak, jgn mati adat'...wlau bgaimnpun, sikap terlalu mngagungkn pmerintah shngga snggup khilangan ank sdiri x relevan d amlkn pd zmn skrg...itu pndpt kamilah,..
ReplyDelete