Hikayat
Hang Tuah
Hikayat
Hang Tuah
"Hikayat Hang Tuah" merupakan
sebuah cerita hikayat Melayu yang menggambarkan dengan terperinci keadaan
semasa sewaktu tersebut. Hikayat Hang Tuah telah disifatkan oleh pengkaji
sebagai gambaran tiga zaman yang ditempuhi oleh bangsa Melayu, iaitu zaman
permulaan, zaman kegemilangan dan zaman kejatuhannya.Terdapat pertelingkahan
mengenai sama ada Hang Tuah benar-benar wujud, ataupun hanya dongengan
semata-mata. Hal ini disebabkan tempoh yang dirangkumi dalam Hikayat Hang Tuah
agak lama. Selain itu, terdapat pertelingkahan dalam beberapa kitab lain
mengenai jalan cerita hikayat Hang Tuah. Hang Tuah ialah seorang pahlawan
legenda berbangsa Melayu pada masa pemerintahan Kesultanan Melaka pada abad ke-15 (Kesultanan Melayu
Melaka) bermula pada 1400-1511 A.D. Menurut rekod sejarah, beliau lahir di Kampung
Sungai Duyong, Melaka kira-kira dalam tahun 1444 A.D. Bapanya
bernama Hang Mahmud, manakala ibunya pula ialah Dang Merdu Wati. Bapanya juga
pernah menjadi hulubalang istana yang
handal suatu ketika dahulu, begitulah juga ibunya yang merupakan
keturunan dayang di istana. Hang Tuah ialah Laksamana
yang terkenal dengan kesetiaannya kepada Raja dan merupakan petarung silat yang
amat handal dan tiada tolok bandingnya.
Hang
Tuah dan empat orang kawannya, iaitu Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang
Lekir dan Hang
Lekiu menuntut ilmu
bersama Adiputra di Gunung Ledang. Selesai menuntut ilmu, mereka berlima
kembali ke kota Melaka. Pada suatu hari, mereka berjaya menyelamatkan Dato'
Bendahara (iaitu Perdana Menteri) daripada seorang lelaki yang sedang mengamuk.
Dato' Bendahara kagum dengan ketangkasan mereka dan menjemput mereka semua ke
rumahnya dan seterusnya mengambil mereka untuk bertugas di istana. Sejak itu,
Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya amat disayangi oleh Sultan sehinggalah Hang
Tuah mendapat gelaran Laksamana. Semasa mengiringi Sultan Melaka ke Majapahit di tanah Jawa,
Hang Tuah telah berjaya membunuh seorang pendekar Jawa bernama Taming Sari. Dalam pertarungan itu, Taming Sari,
seorang pendekar yang kebal yang tidak dapat dilukakan. Tetapi Hang Tuah
mengetahui bahawa kekebalan Taming Sari terletak pada kerisnya. Oleh itu Hang
Tuah berjaya merampas keris berkenaan dan membunuh Taming Sari.
Keris itu kemudiannya dianugerahkan oleh Betara Majapahit kepada Hang Tuah.
Pemilik keris ini akan turut menjadi kebal seperti pendekar Jawa Taming Sari.
Hang Tuah telah diutuskan ke Pahang bagi
mendapatkan Tun Teja untuk dijadikan permaisuri Sultan
Melaka. Ketika Hang Tuah ke Pahang, Melor turun dari Gunung Ledang mencari Hang
Tuah. Melor telah ditawan oleh Tun Ali atas hasutan Patih
Karma Vijaya bagi
dijadikan gundik Sultan.
Atas muslihat Tun Ali juga, Hang Tuah yang kembali dari Pahang akhirnya dapat
berjumpa Melor, tetapi Sultan juga turut menyaksikan perbuatan Hang Tuah itu.
Melor dan Hang Tuah dihukum bunuh kerana difitnah berzina dengan Melor yang
telah menjadi gundik Sultan. Namun, hukuman mati tidak dilaksanakan oleh
Bendahara sebaliknya Hang Tuah disembunyikannya di sebuah hutan di Hulu
Melaka. Hang Jebat telah
dilantik oleh Sultan menjadi Laksamana menggantikan Hang Tuah dan keris Taming
Sari telah dianugerahkan kepada Hang Jebat. Hang Jebat sebagai sahabat karib
Hang Tuah, menyangka bahawa Hang Tuah telah teraniaya dan telah menjalani
hukuman mati. Hang Jebat (menurut Hikayat Hang Tuah) atau Hang Kasturi (menurut Sejarah Melayu), bertindak derhaka kepada Sultan dan
mengambil alih istana. Tidak ada pendekar atau panglima di Melaka yang dapat
menentang Hang Jebat (atau Hang Kasturi) yang telah menjadi kebal kerana adanya keris Taming Sari di
tangannya.
Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri dan
berlindung di rumah Bendahara. Pada masa itu, baginda baru menyesal kerana
membunuh Hang Tuah yang tidak bersalah. Inilah masanya Bendahara memberitahu
yang Hang Tuah masih hidup. Hang Tuah kemudiannya telah dipanggil pulang dan
dititahkan membunuh Hang Jebat. Setelah tujuh hari bertarung, Hang Tuah
akhirnya berjaya merampas semula Taming Sarinya daripada Hang Jebat dan
membunuhnya. Dalam pertarungan yang sedih ini, Hang Jebat telah cuba membela
sahabatnya yang telah difitnah. Namun begitu, Hang Tuah telah membantu sultan
yang sebelum itu menghukumnya tanpa sebarang alasan. Sedangkan Abu Bakar Siddiq
R.A juga berkata kepada orang Muslim bahawa
jika dia bersalah, rakyat boleh menjatuhkannya. Ternyata, kesilapan Hang Tuah
yang tidak berfikir bahawa Allah S.W.T lebih berkuasa daripada sultan dan
memang tidak salah seandainya Hang Jebat cuba menegakkan kebenaran. Tragedi ini
masih menjadi perbalahan orang Melayu sampai sekarang. Namun begitu, ada juga
yang menyokong Hang Tuah. Ini kerana Hang Jebat bukan saja derhaka kepada sultan bahkan telah membunuh
ramai orang/rakyat Melaka yang tidak berdosa dengan mengamuk di dalam istana
dan seluruh Melaka. Tindakan Hang Tuah yang membunuh Hang Jebat mungkin satu
tindakan yang berupa hukuman mati terhadap seorang pembunuh.
Sulalatus
Salatin
Sulalatus
Salatin
Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu)
merupakan satu karya sejarah mengenai kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan
zaman Kesultanan
Melayu Melaka yang
ditulis oleh beberapa orang pengarang Melayu.
Namun, terdapat pendapat yang mendakwa apabila Portugis menakluk Melaka,
salinan Sejarah Melayu telah dibawa ke Goa. Sejarah Melayu ditulis di Melaka
dan dibawa bersama semasa Sultan Mahmud Syah berundur dari Melaka pada tahun
1511. Naskhah asal ini kemudian dibawa ke Johor dari Kampar, Sumatera pada tahun 1528. Teks yang turun masa
kini merupakan teks yang disalin dipercayai berasal sejak tahun 1356, dan
disunting semula pada 1612. Salinan manuskrip yang ada bertarikh 1808.
Portugis merampas naskhah Sejarah Melayu
pada tahun 1536 semasa menyerang Johor Lama. Naskhah ini kemudian dibawa balik
ke Johor oleh Orang Kaya Suguh. Terdapat perselisihan pendapat berkenaan Goa.
Pendapat pertama merujuk kepada Goa yang
terdapat di India, manakala pendapat kedua merujuk pada
sebuah tempat bernama Gowa yang terletak di Sulawesi. Lihat perbezaan ejaan keduanya. Pendapat yang kedua ternyata
lebih kuat atas alasan sekiranya Portugis mengambil salinan Sejarah Melayu dan dibawa ke
Goa, India, pastinya Sejarah Melayu akan dibawa terus ke Eropah sebagai
harta rampasan.
Terdapat sekurang-kurangnya 29 versi tetapi
versi yang paling mashyur adalah versi Shellabear. Menurut pengenalan Sejarah Melayu naskah
Shellabear, Yang diPertuan Raja di Hilir, Sultan Abdullah Mu'ayat Syah ibni'l
Sultan Abdul Jalil Syah telah mengutuskan Seri Nara Wangsa Tun Bambang untuk
memerintah Bendahara Paduka Raja Tun Muhammad@Mahmud (Tun Sri Lanang) pada hari Khamis, 12 Rabiul Awal 1021
bersamaan 13 Mei 1612 agar
menyunting salinan Sejarah Melayu yang dibawa oleh Orang
Kaya Sogoh dari
Goa/Gowa.
Ketika itu Sultan Johor Lama, Sultan
Alauddin Riayat Syah ibni Sultan Abdul Jalil Syah telah ditahan di Istana Raja Acheh,
Raja Iskandar Muda. Sejarah Melayu Sulalatus Salatin dianggap penting kerana ia
memberikan adat istiadat kerajaan, susunan raja Melayu dan sejarah kerajaan
Melayu dan boleh dikatakan menyerupai konsep Sejarah Sahih China, di
mana pada setiap pertukaran Dinasti di China, sejarah Dinasti sebelumnya
akan ditulis dan disimpan di arkib negara tersebut.
Sulalatus Salatin juga ada mengisahkan mengenai kisah peminangan Puteri Gunung Ledang yang mempunyai 7 syarat. Antara syarat tersebut adalah jambatan emas dan perak dari istana Melaka ke Gunung Ledang, tujuh dulang hati nyamuk dan hati hama, setempayan air mata dara sunti, setempayan air pinang muda dan semangkuk darah raja muda. Segala syarat tersebut ada dinyatakan dalam link video di bawah.
http://www.youtube.com/watch?v=ORiUAvelvx8
Sulalatus Salatin juga ada mengisahkan mengenai kisah peminangan Puteri Gunung Ledang yang mempunyai 7 syarat. Antara syarat tersebut adalah jambatan emas dan perak dari istana Melaka ke Gunung Ledang, tujuh dulang hati nyamuk dan hati hama, setempayan air mata dara sunti, setempayan air pinang muda dan semangkuk darah raja muda. Segala syarat tersebut ada dinyatakan dalam link video di bawah.
http://www.youtube.com/watch?v=ORiUAvelvx8
Hikayat
Merong Mahawangsa
Hikayat
Merong Mahawangsa
Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu di bawah pemerintahan
Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat
dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Semasa angkatan
Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa,
mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke
Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan
seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.
Bagaimanapun, puak lanun dari Garuda
mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri
China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya
diserang oleh Garuda. Maka, adalah tugas Merong Mahawangsa untuk menyelamatkan
Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan
yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat.
Hikayat
Indera Nata
Kisah bermula bermula apabila Indera Jenaka
tiba ke negeri Rom setelah sekian lama mengembara dan sampai ke rumah bondanya
Si Batu Kembar. Bondanya bertanya tentang Si Piatu. Indera Jenaka memberitahu
bahawa Si Piatu itu sebenarnya adalah Indera Nata yang berani dengan segala
binatang buas dan boleh bercakap dengan segala binatang. Indera Nata telah
menyeberangi lautan dengan bantuan ular sakti ke negeri Pattani. Indera Nata
juga telah menyelamatkan Indera Jenaka daripada dibaham binatang buas. Tuanku
Syah Alam mengkagumi Indera Nata apabila mendengar cerita daripada Indera
Jenaka. Kisah selanjutnya, Indera Nata pergi mengembara dan ternampak sebuah
bukit yang terlalu tinggi dan terdapat sebuah rumah di situ. Di sebelah rumah
tersebut terdapat sebuah mahligai dan dia melihat tujuh orang puteri di
dalamnya. Indera Nata memperkenalkan dirinya sebagai anak Raja Rom dan
memberitahu tujuannya datang atas perintah ayahandanya mencari gajah
bergadingkan emas. Puteri-puteri itu gembira dengan kedatangan Indera Nata dan
memperkenalkan diri mereka yang berasal dari negara yang berlainan. Salah
seorang puteri tersebut iaitu Tuan Puteri Cendera Kesuma memberitahu mereka
telah ditawan oleh sepasang suami isteri raksasa untuk dimakan apabila mereka
dewasa. Puteri Cedera Kesuma bercadang meminta pertolongan raksasa untuk
mencari gajah bergading emas bagi membantu Indera Nata mendapatkan gajah itu
segera. Apabila raksasa pulang, Indera Nata disembunyikan di dalam peti emas
dan puteri-puteri itu membuat helah kepada raksasa dengan mengatakan jika
hendakkan mereka cepat dewasa dan boleh dimakan hati mereka , perlulah mencari
gajah bergading emas. Raksasa pergi ke hutan mencari gajah bergading emas dan
secara kebetulan terserempak dengan Raja Rom yang menaiki gajah bergading emas
dan pengikut-pengikutnya pergi berburu . Raksasa berasa gembira dan telah
membunuh mereka semua dan membawa balik gajah bergading emas.
Sekali lagi Tuan Puteri Cendera Kesuma
membuat helah supaya raksasa mencari kijang putih bertanduk emas dan memberikan
kain hitam untuk dicuci sampai putih sebagai tanda sayang raksasa kepada
mereka. Raksasa lelaki keluar mencari kijang putih bertanduk emas sementara
raksasa perempuan pergi mencuci kain hitam supaya menjadi putih. Pada masa
itulah, Indera Nata membawa ketujuh-tujuh puteri melarikan diri dengan menaiki
gajah bergading emas bersama semua harta dalam mahligai itu.Kedua-dua raksasa
itu gagal mencari kijang putih bertanduk emas dan memutihkan kain yang hitam,
mereka kembali ke mahligai dan mendapati gajah bergading emas dan ketujuh-tujuh
puteri telah hilang. Kedua-dua raksasa terlalu marah dan segera mengikuti kesan
tapak kaki gajah dan akhirnya ternampak ketujuh-tujuh puteri bersama Indera
Nata di atas gajah. Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri menangis ketakutan
apabila mendengar suara raksasa sehingga sampai ke tepi pantai.
Indera Nata
meminta Betara Gangga dengan menggunakan gemala hikmat dan Betara Gangga
mengarahkan ular sakti dan naga membawa Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri
menyeberangi lautan. Ular sakti dan naga tersebut membawa mereka semua ke
seberang. Raksasa yang tiba di tepi pantai cuba menarik Indera Nata dan
ketujuh-tujuh puteri di seberang tetapi ular sakti dan naga telah menarik
raksasa ke tengah laut menyebabkan kedua-dua raksasa itu mati. Indera Nata
bersama ketujuh-tujuh puteri telah berjalan selama tujuh hari tujuh malam
sehingga sampai ke rumah bondanya Tuan Puteri Cenderawati. Bondanya sangat gembira
melihat kedatangan mereka. Indera Nata menceritakan semua peristiwa yang
berlaku dan ketujuh-tujuh puteri bercerita tentang diri mereka kepada Tuan
Puteri Cederawati. Mereka semua tinggal bersama Tuan Puteri Cenderawati.
Hikayat
Aceh
Di
bahagian awal penceritaan hikayat ini adalah mengenai Raja Indera Syah yang
diterima oleh Maharaja Cina dengan segala kehormatan. Maharaja telah
menyerahkan kepadanya segala peninggalan Raja Iskandar. Istana yang telah
dibina untuk dia tinggal bersama-sama pengikutnya. Raja Indera Syah juga
mempunyai permaisuri yang bernama Nur Kamarain. Selama tinggal di negeri Cina,
Puteri Nur Kamarain hamil dan ketika mencapai sembilan bulan kandungannya, dia
memikirkan faedah yang akan diperolehinya jika anaknya yang berketurunan dari
raja yang besar dapat dilahirkan di sana. Raja Syah Muhammad hairan
melihat Puteri Nur Kamarain (bahagian cerita yang hilang). Raja Syah Muhammad
menyuruh orang untuk menebang buluh dan di dalam buluh itu telah keluar seorang
perempuan yang elok parasnya iaitu anak bidadari. Puteri ini bernama Tuan
Puteri Dewi Indera telah dibawa ke istana di atas gajah ringga sambil diiringi
oleh dayang-dayang. Sesampai disana dia disambut dengan penuh kehormatan. Raja
Syah Muhammad telah berkahwin dengannya dan setelah berapa lamanya mereka
mendapat dua orang anak iaitu lelaki dan perempuan. Anak lelakinya bernama
Sultan Ibrahim dan anak perempuan bernama Sapiah.
Puteri Dewi Indera mempunyai bulu roma
putih pada dagu kanannya, yang tidak disukai oleh Raja Syah Muhamad. Raja Syah
Muhamad membantun bulu roma itu ketika puteri sedang tidur, malangnya telah
keluar tiga titik darah putih dari liang roma dagu puteri itu. Puteri
terperanjat lalu meninggal dunia. Raja Syah Muhamad berasa sangat menyesal di atas
perbuatannya itu. Tidak lama kemudian Raja Syah Muhammad dan Raja Syah Mahmud
berangkat dengan rakyatnya ke Seracan untuk bermain-main. Raja Syah Muhammad
tidak mahu meninggalkan tempat tersebut kerana terdapat sebuah kolam yang luas
berair jernih. Di dalam dan sekeliling kolam itu terdapat berbagai- bagai jenis
bunga. Raja Syah Mahmud mengarahkan orang untuk membina balai perhentian di
tempat tersebut. Ketika berada di kolam itu, Raja Syah Mahmud telah melihat
anak bidadari yang mandi di kolam tersebut. Raja Syah Mahmud telah mencari idea
untuk mendapatkan seorang bidadari dan dia telah mencuri baju terbang bidadari tersebut
ketika dia sedang mandi. Raja Syah Mahmud memujuk bidadari itu dengan
mengatakan bahawa pertemuan mereka itu telah ditentukan oleh kehendak Tuhan.
Puteri Bonsu iaitu bidadari tersebut telah dibawa di atas gajah ke istana, dan
Raja Syah Mahmud telah berkahwin dengannya.
Hasil perkahwinan tersebut mereka telah
mendapat dua orang anak iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan. Anak lelaki
bernama Raja Sulaiman Syah manakala anak perempuan ialah Arkiah. Puteri Bongsu
telah terbang ke udara kerana kesal dengan sikap Raja Syah Mahmud yang telah
memungkiri janji dengan menyumpah anaknya itu adalah anak jin atau anak peri.
Raja Munawwar Syah telah mengahwinkan cucu lelakinya Raja Sulaiman Syah dan
Raja Ibrahim dengan cucu perempuannya, Puteri Arkiah dan Puteri Sapiah. Raja mendapat
dua orang anak iaitu Raja Muzaffar Syah dan Raja Syamsu Syah. Raja Munawwar
Syah yang telah memerintah di Lamri dan mendapat isteri bidadari yang berketurunan
Raja Iskandar Zulkarnain. Oleh Sebab itu, Perkasa ‘Alam (Sultan Iskandar Muda)
juga keturunan Raja Iskandar Zulkarnain dan bidadari berdarah putih, dan
keturunan Maha Bisnu.
Di bahagian seterusnya diceritakan
salasilah Perkasa ‘Alam daripada pihak bonda adalah Sultan ‘Inayat Syah, Sultan
Firman Syah, Paduka Marhum Sayyid al-Mukammil dan Paduka Syah ‘Alam, bonda
Perkasa ‘Alam. Raja Muzaffar Syah yang seibu sebapa dengan Raja Munawwar Syah,
mempunyai anak iaitu Raja Syamsu Syah. Salasilah daripada pihak ayah adalah
Raja Muzaffar Syah, Raja Syamsu Syah, Sayyid al- Marhum, Paduka Marhum dan
Marhum Muda. Raja Muzaffar Syah memerintah di Makota ‘Alam dan Raja Inayat Syah
di Dar al-Kamal, dua bahagian di negeri Aceh. Sempadan bagi kedua-dua negeri
tersebut adalah sungai. Kedua- dua raja tersebut selalu berperang. Raja
Muzaffar Syah mempunyai meriam yang ditawannya daripada Peringgi di Teluk
Lmari. Walaupun memiliki meriam itu, dia masih tidak dapat memenangi perang.
Raja
Muzaffar Syah memerintah Aceh Dar as-Salam dengan membuat muslihat mengahwinkan
puteranya dengan puteri Raja ‘Inayat Syah. Semasa dalam perarakan masuk mas
kahwin ke Dar al-Kamal, pelbagai alatan senjata disembunyikan dan disebabkan
muslihat itulah beliau berjaya memerintah Aceh. Beliau akhirnya telah mangkat
pada tarikh 919 H dan digantikan oleh putera baginda, Sultan ‘Ali Mughayat
Syah. Pada zaman pemerintahanya pula Aceh diserang oleh Sultan Ma’arif Syah
yang memerintah Syahr Deli ( Pidie) kerana beliau berasa terhina di atas
penolakan peminangan bagi putera beliau. Namun, beberapa lama kemudian Sultan
Ma’arif Syah mangkat lalu digantikan oleh putera beliau iaitu Sultan Ahmad. Sultan
‘Ali Mughayat Syah cuba mengambil kesempatan dengan menyerang semula Syahr
Deli. Akibatnya Sultan Ahmad ditinggalkan rakyatnya dan telah melarikan diri
melalui Merdu ‘Isyaki ke Melaka. Sultan ‘Ali Mughayat Syah yang memerintah
Syahr Deli dan telah mangkat dengan memerintah selama 18 tahun. Kemudian
digantikan pula oleh putera baginda iaitu Sultan Salah ad-Din pada tahun 937 H.
Namun sultan ini sangat lemah dan tidak melaksanakan tanggungjawab sehingga
bondanya mengangkat seorang pendatang Agha sebagai mangkabumi dengan gelaran
Raja Bongsu’Ala ad- Din dan Salah ad-Din cuba mencari muslihat untuk membunuh
Raja Bongsu. Akhirnya Raja Bongsu dibunuh di Kota Batu oleh pengikut raja.
Paduka Syah ‘Alam (bonda raja) berjanji
hendak membalas dendam. Oleh sebab itu mayat Raja Bongsu yang telah dikebumikan
di Bait ar-Rijal disuruh dipindahkan oleh ‘Ala ad-Din ke Pulau Sabda dan
kemudiannya dibuang ke laut. Paduka Syah Alam dan Sultan Salah ad-Din
kemudiannya dikurung. Beberapa hari selepas kejadian ini Salah ad-Din mangkat,
setelah memerintah selama 19 tahun (956H) dan digantikan pula oleh Sultan ‘Ala
ad-Din Ri’ayat Syah. Raja ini menghantar penghulu Anbia kepada Raja Besar
di Ujung Tanah untuk meminang puterinya. Raja ‘Ala ad-Din akhirnya berkahwin
dengan puteri Raja Besar. Semasa hendak melawat mentuanya, didapati bahawa Raja
Besar telah melarikan diri. Raja Aceh mengarahkan segala hulubalang supaya
mencari mentuanya. Di Seluyut mereka berjumpa dengan Setia Guna ad-Diraja
beserta raja Johor dan pengikut baginda. Mereka dibawa menghadap Sultan Aceh
dengan harta benda. Semasa angin abik, angkatan belayar kembali ke Aceh. Di tengah
jalan, di teluk Sumatera, raja Ujung Tanah dijemput oleh Sultan Aceh untuk
dipermuliakan. Setelah lamanya, Sultan ‘Ala ad-Din mangkat (986H) dengan
pemerintahan selama 30 tahun dan digantikan oleh putera baginda iaitu Sultan
Ali Ri’ayat Syah. Raja ini mempunyai dua orang saudara yang sangat iri hati
kepada baginda iaitu raja Ghori (Deli) dan raja Mughal (Pariaman).
Sultan Mughal sedaya upaya mncuba muslihat
untuk menyihir Sultan ‘Ali dan kemudiannya Sultan ‘Ali jatuh sakit. Sultan
Ali mendengar perbualan Raja Mughal yang ingun masuk secara rahsia dengan gajah
ke anjung istana. Kemudian, Sultan ‘Ali bermesyuarat dengan pembesarnya dan
merancang untuk meletakkan senjata ke dalam atap di istana. Tidak lama
kemudian, Sultan ‘Ali mangkat pada tahun 994 H. Baginda diganti oleh saudara baginda Sultan Seri ‘Alam. Raja ini
sangat pemboros dan ramai yang berpakat untuk menggantikannnya dengan Sultan
Zainal-‘Abidin, putera Raja Ghori. Raja ini berada di atas tahkta selam tempoh
dua tahun dan pada tahun 997 H digantikan oleh Sultan ‘Ala ad-Din Ri’ayat Syah.
Semasa pemerintahan Sultan ‘Ala ad-Din
Ri’ayat Syah negeri Aceh menjadi sangat makmur kerana pemerintahannya yang adil
dan alim. Raja ‘Abdul Jalil menghantar utusan kepada Syah ‘Alam untuk meminang
puterinya iaitu Puteri Raja Indera Bangsa kepada Raja Mansur Syah. Seterusnya
diceritakan pula tentang adat perkahwinan iaitu di bawah pimpinan Raja
Permaisuri yang telah menghantar alat-alat perkahwinan kepada bakal pengatin
baru. Raja Permaisuri disuruh bertanya kepada Syah Alam untuk menentukan hari
perkahwinan dan kedua-dua raja ini telah membuat persediaan yang rapi. Tuan
Puteri Raja Indera Bangsa dikenakan pakaian yang indah dan disandingkan dan
kedua-dua raja ini dikahwinkan mengikut adat-istiadat. Setelah seberapa
lamanya, maka puteri itu pun hamil dan selama puteri itu hamil, negeri berada
dalam keadaan aman dan harmoni. Sewaktu puteri hamil juga banyak mimpi-mimpi yang
pelik dialami oleh puteri.
Pada suatu hari ketika maghrib, puteri sakit hendak beranak dan ketika itu juga diceritakan kejadian aneh berlaku. Pada waktu ‘Isyak kejadian berlaku dengan halilintar membelah langit, kilat sabung-menyabung, guruh menderu, bumi bergerak selaku gempa, hujan rintik- rintik dan angin taufan bertiup sehingga gelap-gelita. Keesokan harinya datang hakim Mahmud untuk mengucapkan selamat kepada sultan dan keramaian diadakan. Ketika berumur tiga tahun Syah Alam telah menukar nama anaknya daripada Zainal Abidin atau Raja Silan kepada Raja Munawwar kerana moyangnya terdahulu juga bernama Raja Munawwar Syah.
Berikut adalah link bagi video mengenai sejarah Acheh http://www.youtube.com/watch?v=BdNcU-bZt9k
Salam...Mohon pertanyaan..jika kita bercakap tentang Hang Tuah, pada pandangan saudari Hang Tuah itu sebenarnya mitos atau lagenda?mohon pencerahan
ReplyDeleteSalam...terima kasih kerana bertanya..perbezaan antara mitos dan lagenda sememangnya ada dan nyata. namun pada pandangan kami, Hang Tuah tetap merupakan sebuah lagenda walaupun makamnya tidak dijumpai. ini kerana “Legenda ialah cerita yang serius, dipercayai sebagai benar dan juga mengandungi ciri-ciri luarbiasa, misteri dan mitikal seperti mitos, tetapi masih berbeza dengan mitos. Legenda boleh bersifat sakral atau profan, boleh membicarakan tokoh-tokoh suci, juga tokoh-tokoh sekular, makhluk ghaib atau manusia biasa, boleh berlaku pada masa lalu tetapi tidak terlalu silam seperti mitos, atau masa kini, malah berterusan ke masa depan. Berbanding dengan mitos, legenda bersifat terbuka (opened-ended). Latar legenda berbeza daripada mitos, berlaku dalam ruang geografi yang dapat dirujuk dan peristiwanya bergerak atas garis masa yang objektif. Berbeza juga daripada mitos, legenda lebih mendekati karya sejarah dari segi fakta dan bersifat objektif. Namun, tidak sama dengan sejarah kerana legenda sering dianggap sebagai sejarah semu, kerana kebanyakan faktanya dimanipulasi dan diselewengkan. Berdasarkan ciri-ciri tersebut, legenda nampaknya dapat menyesuaikan dirinya dengan latar kontemporari.”
ReplyDeleteboleh bg contoh2 krya agung yg lain x..?
ReplyDeletePerkongsian yang menarik. Hal ini membuktikan kebijaksanaan nenek moyang kita terdahulu. Mereka berfikiran jauh ke masa hadapan dengan menyediakan nashkah-nashkah manuskrip sebegini untuk dijadikan tatapan pemikiran kita, generasi pada masa kini. Sesungguhnya, tinggalan nashkah manuskrip ini merupakan tinggalan warisan yang tidak ternilai harganya yang dipusakai kita.
ReplyDeleteSememangnya terdapat banyak lagi karya-karya yang telah dihasilkan oleh tokoh-tokoh pengarang yang terkemuka. Namun yang dinyatakan di atas mungkin hanyalah sekadar penerangan yang agak ringkas. Karya agung yang lain adalah seperti Hikayat Acheh, Hikayat Raja-raja Pasai dan Tuhfat al-Nafis.
ReplyDelete