Definisi & Etimologi Melayu

KONSEP MELAYU



Definisi awal istilah “Melayu”
  • M.Ptolemy menggunakan istilah 'maleu-kolon' dalam karyanya yang berjudul Geographike Sintakxis.
  • Kitab Hindu Purba yang berjudul Purana terdapat perkataan 'malaya-dvipa'.
  • Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi.
  • Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi, iaitu Kerajaan Melayu di Sungai Batang dan Kerajaan Sriwijaya di Palembang.
  • Catatan dalam kesusasteraan China menyatakan bahawa pengembara yang singgah di Nusantara mendapati bahasa yang dituturkan penduduk di situ ialah bahasa K’un-lun. Bahasa ini dipercayai oleh penyelidik sebagai bahasa Melayu kuno.
  • Sebuah patung di Padang Rocore, Batanghari bertarikh 1286 M dengan catatan perkataan 'Malaya' atau 'Melayu' pada bahagian belakangnya.
  • Buku Sejarah Melayu mengaitkan perkataan Melayu dengan nama sebatang sebatang sungai yang deras alirannya, iaitu Sungai Melayu.
  • Berasal daripada perkataan Malaya, iaitu kependekan 'hima alaya'. 'Alaya' bermaksud 'tempat' manakala 'himaalaya' bermaksud 'tempat bersalji'.
  • Perkataan Malayapura yang bermaksud 'kota Melayu' atau 'kerajaan Melayu'.
  • Dikatakan diambil daripada perkataan bahasa Jawa kuno, mlayu yang bermaksud 'mengembara' atau 'pergi ke mana-mana'.
  • Berasal daripada nama sebatang sungai, Sungai Melayu yang disebut dalam buku Sejarah Melayu.
  • Van der Tuuk , perkataan Melayu bererti “menyeberang”, merujuk kepada orang Melayu yang menyeberang atau menukar agama daripada agama Hindu-Buddha kepada Islam.
  • Orang-orang Melayu seperti yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia.
  • Orang-orang Melayu yang mendiami kawasan Selatan Thai, Pesisir Sumatera (utara Medan, Deli, Serdang, Palembang, Riau, Lingga ) ada beragama Budha, Kristian.
  • Orang-orang Melayu di bahagian pertama Sarawak ada beragama Kristian.
  • Orang-orang Melayu di Brunei dan Sabah ada yang tiada agama, agama-agama lain

Oleh itu, tidak kira dia berbangsa Melayu, Cina atau India, asalkan dia MEMELUK AGAMA ISLAM, boleh bertutur Bahasa Melayu, pernah tinggal di Persekutuan atau di Singapura sehingga mengikut adat-adat tempatan dan lahir di Persekutuan atau di Singapura seperti yang dinyatakan di atas, maka dia digelar 'orang Melayu'. Izinkan saya menjelaskan bahawa adat Melayu berbeza di setiap daerah dan negeri. Oleh itu syarat ini tidaklah begitu mempengaruhi untuk menjadi 'orang Melayu'. Yang penting ialah beragama islam, boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan kewarganegaraan Persekutuan Malaysia atau Singapura.


  1. Yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau,
  2. Zuriat seseorang yang sedemikian

Perbezaan bangsa tidak menafikan syarat-syarat ini. Walaupun label 'orang Melayu' mungkin dianggap remeh bagi segelintir orang, tetapi sebenarnya ia sangat menguntungkan 'orang Melayu'. Mengikut Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Perkara 153 (1); "Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini." "orang Melayu" mendapat kedudukan dan hak ISTIMEWAberbanding kaum-kaum lain yang mendapat kedudukan SAH. Kepentingan ISTIMEWA ini termasuklah dalam mendapat biasiswa, rizab tanah, permit, perkhidmatan, keistimewaan pendidikan dan latihan, dan sebagainya.


Definisi “Melayu” dari segi etimologi
Etimologi : Kajian asal usul dan sejarah sesuatu perkataan serta makna perkataan tersebut.

Definisi “Melayu” berdasarkan Bangsa
Istilah Melayu dapat diberi dua pengertian, iaitu pengertian yang luas dan pengertian yang sempit

Pengertian yang luas
Istilah Melayu merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu dan kawasan-kawasan gugusan kepulauan Melayu. Berdasarkan “The Malay Culture Study Project” (1972), konsep Melayu merujuk kepada suku bangsa di Semenanjung Tanah Melayu, termasuklah orang-orang Melayu di Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar. Secara umumnya dapatlah dikatakan bahawa pengertian Melayu merujuk kepada bangsa yang berbahasa Melayu yang mendiami Semenanjung Tanah Melayu, pantai Timur Sumatera dan beberapa tempat lain di Nusantara.

Pengertian yang sempit
Pengertian yang sempit ialah seperti yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia, iaitu Perkara 153 mengatakan bahawa seseorang itu dapat ditakrifkan sebagai Melayu apabila memiliki ciri-ciri seperti: lazimnya berbahasa Melayu, berkebudayaan Melayu dan beragama Islam (yang murtad, tukar kewarganegaraan : taraf Melayu - hilang )

     Tafsiran Melayu mengikut pengertian suku bangsa lebih berdasarkan etnik (keturunan biologi). Walaupun begitu, syarat berbahasa Melayu dan kebudayaan Melayu masih diperlukan. Walau bagaimanapun, mereka tidaklah semestinya beragama Islam. Untuk maksud ini, orang-orang Melayu ialah:

Maksud Melayu dalam Perlembangaan
Mengikut Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Perkara 160(2):"orang Melayu" ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap Bahasa Melayu, menurut adat Melayu, dan-


Penerangan:



Sebagai kesimpulan, kepentingan ISTIMEWA ini TIDAK DIPENGARUHI DENGAN BANGSA tetapi DIPENGARUHI DENGAN AGAMA ISLAM seperti yang saya terangkan di atas. Hanya orang Islam yang mendapat kepentingan ini. Bangsa-bangsa lain seperti Cina dan India juga boleh mendapat kepentingan ISTIMEWA ini jika memeluk agama Islam. Andai kata seseorang itu telah murtad, maka kepentingan ISTIMEWAnya pun DIGUGURKAN.


Baca Selengkapnya: 

                                    

10 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Penerangan yang diberikan dalam blog Kami Cikgu Karya Agung agak menarik. Di sini saya ingin menambah sedikit maklumat berkaitan dengan konsep Melayu. Menurut Syed Husin Ali yang merupakan ahli antropologi di negara Malaysia, orang Melayu itu dari segi zahirnya, lazimnya berkulit sawo matang, berbadan sederhana besar serta tegap dan selalu berlemah lembut serta berbudi bahasa. Dari segi etnologi, Melayu bermakna kelompok masyarakat yang mengamalkan sistem kemasyarakatan dwisisi dan kegenerasian yang termasuk dalam bangsa Mongoloid.

    ReplyDelete
  6. blog yg amat berguna utk pljr mcm sy...thanx!

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. rupa-rupanya terdapat banyak lagi pengertian dan pelbagai pendapat tentang asal-usul bangsa kita, Melayu. Terima kasih atas perkongsian ilmu ini

    ReplyDelete
  9. trima kasih krn sudi mlawat blog kami...:)

    ReplyDelete