Idealisme & Falsafah


1. Falsafah Bersumberkan Islam
Dari segi etimologinya, perkataan falsafah berasal daripada cantuman dua perkataan Yunani iaitu "Philo" dan "Sophia" yang bermaksud "Cintakan Hikmat". Dari segi perspektif Islam, makna hikmat yang didokong oleh perkataan falsafah itu ada ditegaskan dalam Al-Quran. Al-Quran menyatakan bahawa "hikmat" adalah pemberian dan anugerah Allah SWT (Surah Al-Baqarah:296). Perkataan hikmat disebut di dalam Al-Quran sebanyak sembilan kali . Begitu juga dengan perkataan Al-Hakim (menyamai hikmat) disebutkan di dalam Al-Quran bagi merujuk kepada diri-Nya sendiri (92kali), merujuk kepada Al-Quran dan isi kandungannya (4kali), dan merujuk kepada urusan Allah pada malam Lailatul-Qadar (sekali) (Mohd Rashid Md Idris, 2004:56-57). Apabila kita mengatakan Islam atau sesuatu yang berhubung dengan Islam sumber yang sudah semestinya menjadi rujukan asasinya ialah kitab Al-Quran.


2. Falsafah Bersumberkan Melayu
Mengenal Melayu bererti mengenal kulit dan isinya dan bukan sekadar mengenal diri orang Melayu itu dan budayanya bahkan harus menyusur lebih jauh dalam mengenal akan tunjang dan pucuk citranya serta repisan dan serpihannya sehingga kini. Disini mengenal Falsafah Melayu itu bererti mendapatkan hakikat erti sebenarnya siapa dan apa itu Melayu. Walapun terdapat pelbagai opini dan tafsirkata yang menyatakan apa itu Melayu namun ianya masih belum sempurna kerana Melayu itu belum lagi dapat dikamuskan dalam pemikiran orang Melayu sebagai satu asal dan usul dirinya orang Melayu ZAHIR dan BATINnya itu serta kehidupannya sebagai orang Melayu.
   
  Mengenal Melayu bererti memahami keseluruhan warisan ketamadunannya yang kini telah lupus hilang akibat perubahan zaman dan perubahan budaya serta akibat berlakunya migrasi atau pengaruh budaya luar kedalam lingkungan masyarakat Melayu. Maka pengenalan diatas Melayu seharusnya dan sepatutnya berfalsafahkan kedirian orang Melayu itu sendiri serta ketamadunan dan budayanya yang asli dan bukan fakta kefalsafahan yang terujud hasil dari kenyataan yang telah dirobah dan penulisan yang di sunting mengikut fakta kajian dan pandangan dari mereka yang bukan ahlinya. 


3. Falsafah Bahasa
Falsafah bahasa merupakan bidang yang menyelidiki kebenaran dalam bahasa atau kajian bahasa (linguistik) yang melibatkan dua bidang kajian, iaitu bidang falsafah dan bidang kajian bahasa (linguistik). Hashim Hj. Musa (1996), membahagikan falsafah kepada falsafah linguistik dan falsafah bahasa. Beliau menakrifkan  falsafah linguistik sebagai perbincangan tentang dasar falsafah yang terkandung dalam konsep dan istilah linguistik, iaitu penelitian tentang kaedah dan amalan yang digunakan oleh ahli-ahli linguistik deskriptif dalam disiplin mereka.
    Falsafah bahasa pula meneliti dan memeriksa secara falsafah pengetahuan yang dipanggil conceptual knowledge atau ilmu dalam bentuk konsepsi, yang wujud dalam fikiran secara abstrak, contohnya kesedaran (consciousness). Kewujudan (reality), ilmu (knowledge), logik dan sebagainya. renungan dan pengucapan tentang perkara-perkara konsepsi demikian dibuat melalui penggunaan bahasa. oleh hal demikian, falsafah bahasa ialah ada kaitan yang erat antara bentuk atau struktur dan kandungan bahasa dengan bentuk dan kandungan pengetahuan konsepsi (conseptual knowledge).


1 comment: