Konsep Karya Agung


Karya agung ialah karya klasik yang telah meninggalkan kesan dalam aspek budaya, pemikiran, pandangan dan falsafah hidup yang berkekalan sehingga hari ini bersama sesuatu bangsa. Sementara itu, karya ini dianggap sebagai pembentuk dan cerminan budaya dan tamadun bangsa. Manakala karya agung Melayu pula ialah  karya yang melambangkan keunggulan daya cipta seniman, penulis dan pemikir bangsa Melayu yang terdahulu kala dalam menyampaikan wahana idealisme, nilai, pandangan hidup, adat, budi, kesedaran moral dan visi sesuatu bangsa itu sendiri. Melalui bentuk sastera dan seni yang tinggi nilainya sehingga kesan seni, budaya dan falsafah kekal sepanjang zaman yang terkandung dalam pemikiran tamadun Melayu.


        Karya agung Melayu bererti karya agung yang ditulis, diungkapkan atau dilisankan seperti pepatah, pantun, lipur lara dan lain-lain dalam  bahasa Melayu yang tidak mengira kelompok, bangsa, etnik yang terdapat dalam kawasan dunia Melayu. Erti kata Melayu dalam karya agung tidak dapat dikenal pasti secara langsung, tapi berdasarkan  penulisan hikayat ini dapat membuktikan wujudnya Melayu itu berdasarkan  peristiwa berlaku pada dahulu kala. Bacaan boleh dilihat pada halaman:


Selain itu, maklumat yang terperinci mengenai konsep 'Karya Agung' ini boleh juga anda dapatkan pada halaman ini:


DAN

3 comments:

  1. mungkin sebagai tambahan, sebenarnya konsep karya agung itu terbahagi kepada 3 bahagian yang lebih mendalam, iaitu:

    (1) KARYA AGUNG

    KARYA AGUNG ialah karya klasik yang telah meninggalkan kesan budaya, pemikiran, pandangan dan falsafah hidup yang berkekalan dalam ingatan bersama sesuatu bangsa. Karya itu dapat dianggap sebagai pembentuk dan cermin budaya dan tamadun bangsa yang melahirkan karya itu. Ia melambangkan keunggulan daya cipta bangsa itu untuk membentuk tradisi dan identitinya yang tersendiri. Kita mengenal tamadun Greek, Cina, India, Mesir dan bangsa-bangsa yang lain melalui karya seni, pemikiran, falsafah, sastera dan dicetuskan oleh pemikir, seniman dan sasterawan zaman dahulu kala mereka yang mampu meninggalkan pengaruh yang besar dan kekal sepanjang zaman, dipelajari, dijadikan petua, dikekalkan atau dicerna oleh keturunan berikutnya sehinggalah hasilnya menjadi tradisi dan warisan bangsa hingga ke zaman ini.



    (2) KARYA AGUNG MELAYU

    KARYA AGUNG MELAYU ialah karya yang melambangkan keunggulan daya cipta seniman, penulis dan pemikir bangsa Melayu dahulu kala dalam menggambarkan idealisme, nilai, pandangan hidup, adat, budi, kesedaran moral dan visi bangsa dan masyarakatnya melalui bentuk sastera dan seni yang tinggi nilainya sehingga kesan seni, budaya dan falsafah kekal sepanjang zaman dalam minda kolektif bangsa Melayu. Tamadun Melayu sepanjang zaman banyak sekali dibentuk dan diwataki oleh tradisi sastera ini.

    Karya Agung Melayu bererti karya agung yang ditulis atau diungkapkan atau dilisankan (pepatah, pantun, lipur lara, dan lain-lain) dalam bahasa Melayu, tidak mengambil kira kelompok bangsa/etnik dalam kawasan Dunia Melayu ini, sama ada orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu, atau orang Melayu Brunei, atau orang Aceh, orang Bugis, orang Minangkabau, dan lain-lain yang menghasilkan karya itu. Dari segi ini sempadan geografi dan etnik tidak timbul, tidak kira di manakah daerah asalnya di Dunia Melayu ini, dan mampu mencetuskan dalam bentuk dan gaya yang luar biasa, unsur-unsur pemikiran, sistem nilai dan kepercayaan, falsafah atau pandangan hidup bangsa Melayu turun-menurun.


    (3) KARYA AGUNG DUNIA MELAYU

    KARYA AGUNG DUNIA MELAYU dimaksudkan kepada karya agung di kawasan Dunia Melayu yang terdapat dalam bahasa-bahasa serumpun atau bahasa-bahasa Malayo-Polinesia yang lain. Terdapat banyak karya dalam bahasa-bahasa lain yang diiktiraf dalam bangsa berkenaan sebagai karya agung, antaranya Nagarakertagama atau Serat Centhini yang ditulis dalam bahasa Jawa, atau I la Galigo yang ditulis dalam bahasa Bugis. Karya-karya yang seperti ini jika sesuai dengan takrif Yayasan, boleh diterima sebagai Karya Agung Dunia Melayu dan bolehlah dimasukkan ke dalam rancangan Yayasaan untuk dikaji, diperkenalkan dan diterbitkan dalam bahasa Melayu melalui terjemahan.

    ReplyDelete
  2. sy stuju dgn pndpt hashim...Karya agung dianggap sebagai karya yang dapat membentuk jati diri sesuatu bangsa, sehingga dapat memantulkan kembali ketamadunan bangsa tersebut pada bila-bila masa, sebagaimana kita mengenal ketamadunan Greek, Yunani, Cina , India dan Mesir. Daripada hasil karya mereka inilah dapat dikenal pemikir atau seniman yang menghasilkan karya agung tersebut melalui karya mereka. Disebabkan karya ini mengandungi segala khazanah kekayaan fikiran sesuatu bangsa, sering kali pula karya jenis ini menjadi rujukan dan menjadi landasan buat sesuatu bangsa itu mengorak langkah kemajuan yang mahu diterokai.

    ___

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kawan-kawan atas perkongsian ilmu tentang karya agung ini. Hal ini turut membantu saya sebagai salah seorang pelajar yang mengikuti kursus karya agung pada semester ini.

    ReplyDelete